Monday, November 1, 2010

Kelate mene akhirnyo..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.
Betapo ramanyo awok2ni - Credited to Ayoh Bee

Smaye dulu sebelum tengok bola - Credited to FB Ummi Ani



Post hari ni special edition - loghat Kelantan shj digunakan

Pade lah denga lirik lagu hok kawe denga 2 ari lepah, 'Bo lawe staro demo, GOMO Klate GOMO'..Meme begomo molep sek2 klate maen atah pade di stadium 2 ari lepah..Banggo bena sero bilo Klate mene..Bia lah ore luar, negeri laen nok kato blah mano pom..Meme ore klate gini doh, semangat kito lebih..

De ambo no teke sini, ni buke 1 Klate, jauh sekali 1 Malaysia..Jange dok gobar saen2 negeri laen, kito ore klate baek blako..Jange sebak hok setitik tuh, abih seblango nya kito sek klate sek ganah.Jange gituu..

Nok kato kito ganah, kito tolok sah2 hok nok buat Hub Kelab Male la..1st Lady Malaysia la, kito tolok mugo kito tahu xbetol blako..Oklah, buke nok kecek hal politik, selinge jah.

Terharu, banggo, ado blako bilo tengok rakyat klate samo2 berama2 plop tuh di stadium..mujo xsapa atah pade jah ore, kalu bukok tekek pah katah pade, cayo la..penuh pade di bukit jalil nuh..Come jah tengok meroh blako, meroh putih - The Red Warriors.

Sero naek semangat slaluh tengok meroh meroh ni..Naek semangat brani, namo pon ore klate dih?Xpolah, mugo ore kena kito pong hok lagu ni..Nok wat ayu2 tu cek mek klate ayu la, sah2 belio2 klate meme perkaso blako..

Raso PUAH HATI sebab tahun lepah kaw-kaw keno nga saeng bilo N9 mene bola lawe klate jugok..Xpo, ni la kito kato hero tok gaduh..Sapa maso, kito tunjuk hok sebenar.Jange pande kito ore klate gedebe2 blako, ado hok kato gedebe kecek,lembik pade.Jange gitu, maen bola baso dio doh ado kaloh mene.

Ni time kito mene, mugo demo mene doh tahun lepah..Amacam, sapo lembik?(bbalah mula)

TAHNIAH buat pemaen2 sek kito hok maen sungguh ati baru ni, semangat molep dih?Haha~

Insya-Allah taon depe, kito pege lagi pialo Malaysia..Bia teruh dok di Klate..Kito jule rama-rama, kemenenge sek kito.

Akhir kato, semangat, semangat jugok.SMAYE jange lupo..

Saturday, October 30, 2010

Lusa Exam.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Lusa exam..Dan aku masih tidur bangun tidur dan bangun tanpa buat apa-apa.Kenapa study satu perkara yang tak boleh dibuat secara sukarela anpa sebab adanya exam??Kenapa payah sangat nak study?Kalaulah memahami apa yang dipelajari semudah aku memahami ayat-ayat novel, alangkah bahagianya..

Mungkin suatu hari nanti, aku akan ambil kursus Penulisan dan Analisis Novel.

Baru masyuk.

Selamat Menduduki Peperiksaan

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.



Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com

Wednesday, October 27, 2010

Blog yang lama ditinggalkan..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.


Agaknya sampai tak 2 bulan xupdate langsung blog ni?Buka pon, x, ape lagi nak meng'update'..Kesian blogku ini..Alhamdulillah, assignments, report, proposal, poster, jurnal, pembentangan, amali, kelas semuanya sudah habis dengan jayanya..Alhamdulillah syukur..Walaupun semester ni agak perit dengan kesibukan dan kerja-kerja yang tak pernah habis, syukur lah..
HABIS.
(lama dah nak sebut perkataan ni)


Tapi, semester tak abis lagi ye, exam is around!!Esok ada exam, baru nak start..Huh, perasaan berdebar dah makin kurang dari satu sem ke sem seterusnya..Biasa la dah final year, exam pon rasa  macam makan kacang pagoda je.


Haha~
(kacang pagoda lah sangat Fazween, agaknya yang tu pun xleh nak bukak 'kulitnya')


Yang peliknya, exam week ni banyak pula masa sampai tergerak hati nak buka blog kan?Kalau time kelas2 dulu (bunyi macam bertahun2 lepas), huh, tengok shortcut icon nak ke blog pun malas nak tekan..Sebab dah tahu, bila bukak tangan menggatal nak update sana la, update sini la..Itu belum lagi buka blog org then baca sume post yang ada..
Pheww~~


Tapi facebook memang aktif, tak kira masa, di mana jua, sentiasa bersamamu..Pergilah study kat mana pun, library, fak, bilik, dlm kelas, fb is always with me (kalau ada line la).Agaknya bila la perasaan pada facebook ni akan berkurang dan akhirnya menjadi boring (mcm apa yg terjadi pada sekutunya, friendster).

Aku rasa, mula-mula kenal facebook agaknya masa kat mrsm lagi tapi xpernah berminat nak buat.Berlagak, xberminat la, ape bende facebook ni?Ish, mainan budak2 je tuuu..Ape kelas maen facebook..Buang masa je.


Pamm!!Tampar la balik mulut tu Fazween..Hahaha~Tengok, sapa yang anti dulu?Sekarang?Haha, sudah!

Itula, org tua-tua cakap, 'Jgn benci sesuatu sebencinya, nanti kamu cintanya secinta yang kamu ada'.
(ayat dimodified)


Esok exam bioetika, pagi, 8.30 lagi..Takpe, aku memang biasa bangun awal pagi.Cehh.(sungguh)

Petang ada exam lagi??Pheww~~Pembangunan Pelancongan dan Impak.3.30 petang.DECTAR.


I'll see both of you soon!!


1hb Nov - Pemakanan.8.30 pg jugak..Haih, exam banyak pagi..Elok2, banyak masa terluang lepas exam.


3hb Nov - ade apa dgn 3/11??Hehehe, jeng3~
--Family Travelling to South--
Ayuh terbang!!

Monday, August 23, 2010

Pantun Nasihat buat Sahabat2...

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.



Susah senang kita bersama,

Harungi lautan tiada lelahnya,

Kuatkan iman di antara kita, 

Agar selamat kita sentiasa.


Taqwa itu penyuluh jalan, 

Buat pedoman jadi panduan, 

Tekadkan azam untuk bekalan, 

Di hari hadapan bakal mendatang.





Tangis sendu pengubat duka, 

Tawa gembira berhati ceria, 

Ingat tujuan kita di dunia,

Untuk menjadi hamba pada-Nya.


Mudik ke hulu mencari sepat,
Buat makanan anak berempat
Masa ada untuk bertaubat,
Apapun jua masih sempat.

Jangan kita mudah terpedaya,
Pada Allah mohon segala,
Jika kuat iman di dada,
Godaan syaitan sia sahaja.

Bulan Ramadhan bulan berkat,
Menghimpun amal cari syafaat,
Berpuasalah kita mengikut syariat,
Agarkita beroleh makrifat.

Iman itu penyuluh jalan,
Buat sandaran jadi pegangan,
Mencari ilmu di bulan Ramadhan,
Hidup berkat, jiwa tenang.

Lincah berenang si ikan keli,
Mudik ke hulu jauh ke kali,
Buat jahat walau sekali,
Balasan ada di akhirat nanti.

Jaga mulut kawal kata,
Tidak terguris hati saudara,
Bukan mahu menegur sahaja,
Buat ingatan saya juga.









Dan kerana Pengalaman itu Aku Belajar..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Fahami hati mereka..
Sukar nak memahami seseorang, lagi2 yang baru nak dikenal hati budi.Sukar nak menyelusuri hati orang bukan ada dengan kita, yang bukan ada depan mata dan boleh diperhati gerak gerinya, tingkah lakunya, tutur katanya.

Maka, dengan pertimbangan hati harus untuk terus mengorak langkah memahami isi naluri.Bukan tidak mahu, tapi buntu.Bukan tidak suka, tapi ntahla..Lalu aku menyusun silang tingkah cara dan tutur bicara yang diucap selama ini, untukku cari satu penyelesaian, bahawa dia ini begitu dan bukan begini.Dia bukan seperti itu, kerana dia seperti ini.Puas sudah ku cari mana dia sebuah kefahaman hati, lalu ku pinta pada-Nya agar dikurnia pada diri.

Dan kerana pengalaman aku belajar, memahami hati insan.Mana yang disuka, tidak disuka.Yang patut baginya, dan tidak baginya.Ku susun semula, dan aku rasa bukan itu sebenarnya dia, maka ku susun lagi.Sehingga aku temui sebuah kefahaman hati yang dicari.

Hakikatnya bukan mudah, mencari rasa percaya, meletakkan rasa percaya bahkan memberi rasa percaya.Harus ku fahami dahulu apa yang disimpan di rusuk dadanya, hingga kutemui rupa-rupanya percaya itu ada pada hati.Keikhlasan dinyatakan, namun hati itu tidak dapat kulihat dipandang mata, lantas sekali lagi aku harus mengorak langkah menelusur hatinya kembali.

Pengalaman itu yang mengajar, dan aku berharap lebih banyak pengalaman yang akan mengajarku apa itu kefahaman hati.

p/s: Insan di sini bersifat universal dengan menganggapkan gender sebagai 'negligible'.

Sunday, August 22, 2010

Berkenalan dengan Ismail.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.


Jumaat lepas, aku ke tempat biasa, surau FST.Bila tiba hari jumaat, surau akan lengang kerana ramai pelajar dah balik cuti hujung minggu dan muslimin dah bergerak ke masjid dalam pukul 12.30 hingga 1.30 tu.So, surau akan lengan dengan manusia2 dan aku cukup tenang di sana.Ada juga beberapa orang yang berehat2 di suatu sudut, ada juga yang sedang membaca al-Quran, laptopping (valid ke term ni?)..Hahahaha..


Tiba-tiba pendengaranku tertangkap pada suara seorang budak lelaki Arab, lingkungan umur 3- 4 tahun.Lincah bergerak, dengan tutur bucara yang masih tak difahami, hanya dia yang faham.Kalau budak tu boleh bercakap elok pon, masakan aku faham pertuturannya.


Alangkah seronok (bercampur terliur) tengok dia makan kek Apollo perisa Strawberry dengan air koak susu jenama Dutch Lady yang juga berperisa Strawberry.Dahla aku ni alergi sikit bila dengar Strawberry, ase nak terkam je Strawberry tu.Heheheh..


Suasana dah tak berapa hening bila dengar suara dia.Terkedek-kedek dia berjalan ke sana ke mari, di bahagian muslimat plak tu.Hahaha, haduih..Maybe ayahnya pergi solat Jumaat, so dia dok dengan ibunya.Aku plak sibuk ke sana ke mari dari tempat wudhuk ke bahagian solat sebab nak tanggalkan marker pen Sharpie yang tergores pada tudung aku..Alahai, sayang betul tudung ni,Dahla baru jahit, tetibe dan kena marker pen plak.Eii, buang kang marker Sharpie ni..Saje je merosakkan tudung baru aku ni.


Semasa aku lalu lalang, terdetik nak berkenalan dengan budak ni lah..Bising sangat etek pon..Hehehehe..Aku pun duduk la dekat dengan dia, gosok2 pipi dia yang gebu macam doh pizza terlebih Mauripan Yeast.Hehehe..


Aku tanya mak dia, anak dia nama apa..Esmail jawabnya..Oooo, Ismail..Hurmmm, lama tak dengar budak sekecil itu bernama Ismail atau nama2 nabi yang lain.Kat Malaysia ni dah jarang orang nak letak nama-nama 'klasik' bak kata seseorang tu..Tapi, bagi aku nama ni adalah panggilan kita pada seorang bayi yang dilahirkan yang dibawa sehingga dia mati sekalipun.Mestila sepanjang hayatnya nak dipanggil dengan panggilan yang baik-baik.So, jangan la letak nama anak dengan nama-nama yang tak bermaksud dan lagi la kalau yang bermakna tak elok.Bagus letak nama nabi2, pejuang2 Islam, srikandi2 Islam, moga2 kelak ada sifat2 daripada pejuang2 dan srikandi2 terdahulu yang meresap ke dalam jiwa2 anak-anak kecil ini.


Dan aku mula berfikir akan nama2 seperti Yusuf, Adam, Fatimah az Zahra, dan Zinnirah dan ramai lagi..Indah bukan?Sesuai tak sesuai di zaman ini bukan persoalannya.Yang penting cara didikan dan sifat2 yang terdidik pada anak kecil itu nanti.Kalau ditengok pada nama-nama Islam, semua indah2 belaka.Cuma, segelintir nak jugak letak nama Inggeris..Haishh, keelokkan peribadi bukan pada nama, tapi biarlah nama itu indah supaya indah peribadinya juga.


Ismail, selamat berkenalan.....

Datangmu dari Palestin, mengubat kerinduanku pada saudara2ku yang menderita di sana.Semoga selamat mereka sentiasa.Semoga hilang derita, bertambah barakah dan sejahtera pada bulan mulia ini.

Aminn..


Selamat Malam.


Doaku sentiasa untukmu saudaraku...

Thursday, August 19, 2010

Selamat Hari Lahir buat Insan yang Ku Cinta.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.


Selamat Hari Lahir 

Happy Birthday

Selamat Hari Jadi

Moga Allah selamatkan Ma

Moga panjang umur dan murah rezeki

buat ibuku:

Aminah Binti Awang
19082010
47 y.o.

MUAHHHHHHHH!!!!!

Wednesday, August 18, 2010

Idea Subuh..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Assalamualaikum, Selamat Pagi..

Biasanya pagi2 ni banyak idea keluar kan?Waktu-waktu ni la blogger nak publish post sal apa yang berlaku semalam la, tadi ke masa sahur, or tadi tak sempat nak sahur ke..Hurmm..

Aku tak de idea sebenarnya nak cakap apa pagi ni.Cuma kesian tengok blog ni tak terusik sejak last post.So, aku kene la write something so it not gonna be too dull with ols posts la.Buat pengetahuan yang membaca, esok birthday ma aku..Dah nak masuk 47 tahun dah ma..Nanti esok nak wish kat ma, hehe..Ni mentang2 aku tak de kat umah ni,mesti keluar candlelight dinner ni nanti.Haish, nak g gak...Please...Hihi.

Kalau nak cerita pasal perkara sehari2, memang takkan habis nanti, sebab aku akan cerita semua,So, nak mudahkan cerita, hari2 aku adalah normal dan biasa kecuali Isnin lepas ada peristiwa sikit.Malas ah nak cerita, coursemate je taw..Malu lah.Satu je pesan aku, JANGAN LEKA DAN CUAI.

Laporan amali Parasitologi tak siap lagi, semalam buat sikit, 2 ari lepas sikit, minggu lepas sikit.Memang berdikit-dikit jelah aku buat.Harap2 menjelang esok, aku kena siap la.Kalau tak, susah dah nak submit kat Abg Shukri.Sekarang ni, sejak dah siap bentang proposal, makin malas plak wat keje.Maybe sebab aku selalu balik bilik waktu malam dan 10.30, so mata dah mengantuk, badan dah letih so, ape lagi?

Tapi, banyak lagi kerja nak kena siapkan ni.Proposal nak kena hantar pada Dr. Mahanem minggu depan.Padahal, satu habuk pun aku tak buat lagi..Nak buat macam mane pun aku blur lagi..Haih, Fazween ni memang.Esok ade meeting Zoologi, huhu..Kuatkan hati dan semangat ye nak datang pukul 12 tengahari even kelas tak de..Eh, ade la klas..Kelas Impak.Adoyai, baru ingat.

My mind's blewing across the wind and finally lying down on bed, taking sleep.Kroooohhh...

Pagi ni pukul 8 ade kelas, Bio-D..Minggu2 pertengahan, dah mula liat nak g kelas..Insya-Allah kalau tak de aral melintang, aku g kelas pagi ni.Mata, jangan mengantuk ye?Saya rasa dah tidur cukup semalam.

Oklah, subuh..subuh!!
Assola tu khairum minan naum

Monday, August 16, 2010

::Susah::Senang::Lelaki::Wanita::

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Tajuk post: Baca sendiri kat atas..

Susah ke jadi perempuan?Senang ek jadi lelaki?

::Lelaki::
Susah jadi perempuan!!Nak kena tutup ni la, itu tak boleh la, ini tak boleh la..Solat kene pakai telekung la, lelaki pakai yang ade dah la.Pastu, jadi perempuan mane bleh kuar malam, anak dara kene dok rumah, tolong mak..Susah jadi perempuan ni, tak bebas!

-Ooooo, begitu...-

::Perempuan::
Senang jadi lelaki ni!!Apa2 pon boleh, keluar lewat malam, lepak kat kedai makan, tgk bola dgn kawan, bawak moto besar2, cakap kuat2..Sume boleh, senang, xde kongkongan.Pakai apa pon boleh, baju, seluar, cukup la!Nak solat dengan yang dh pakai pon boleh.Senang kan mcm tu???Senangnye jadi lelaki!!

-Errmm, physically..Memang senang.-

Aku tak nak cerita panjang lebar, jom baca ni----->

Tanggungjawab Seorang Lelaki (aku listkan satu2, nt buat checklist ye kot terlupa..Hehehe)

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala....dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

2. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, Manakala wanita tidak, wanita hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik.... pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

3. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki..... lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.......Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu.....

4.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Haa, sekarang senang ke jadi LELAKI???

Tengok yang ni plak:Khusus buat wanita.


عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها ادخلي الجنة من أي أبواب شئت

Daripada Abdul Rahman bin Auf Radhiyallahu anhu telah berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam telah bersabda:
Apabila seorang wanita itu:
1. melaksanakan solatnya yang 5 waktu,
2. melaksanakan puasanya pada bulan ramadhan,
3. menjaga kemaluan dan maruahnya,
4. dan sentiasa taat kepada suaminya,
maka kelak akan dikatakan kepadanya: “masuklah kamu ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki”


Susah ke??Hurmm, kena tepuk dada, tanya iman lah..

Ironinya, siapa yang lebih ramai di neraka?
Wanita....
(Kembali pada 4 perkara tadi)

Setiap ciptaan Allah, ada tanggungjawabnya di muka bumi ini untuk dilaksanakan.Lelaki mahupun wanita, tanggungjawab sama berat, bukan senang atau susah jadi lelaki atau wanita yang jadi ukuran tapi kesediaan memikul tanggungjawab.Hendak memikul tanggungjwab, terlebih dahulu kena tahu dan faham tanggungjawab ape yang perlu dilaksanakan.So, semua dah tahu kan??Sama2 kita jadi hamba Allah yang lebih dekat dengan-Nya..Jalan Allah sudah ada di depan mata, kenapa mahu mencari jalan lain???

Salam tarbiyah buat sahabat2 sekalian..

Thursday, August 12, 2010

Hujung minggu di rumah pak cik (cadangan)


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.
Amirul Zharif - sepupu saya
Sepupu saya  ajak saya g umah Ayoh Bee di Ampang.
Ayoh Bee and his wife. - uncle/auntie saya

Saya pikir nak buat assignment yang banyak ini.
So, macam mana?

Kesian ayih, dia boring kot dok kat GMI tu.Lagi2 weekend.
Ok, jom!!
Kita balik Ampang esok!!
Set!

p/s: Fazween, jgn lupa bawa sekali assignment Bioetika dan ape2 yg patot, jgn asyik tgk movie je klau g umah Ayoh Bee.

Hihihi, baiklah.








Kau yang selalu ada saat semua pergi..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.


Dia datang setiap saat di mana aku memerlukannya.

Dia muncul di saat aku memikirkannya.

Walau bayangannya hanya di hati, namun dia tetap ada.

Dia menyahut panggilanku di saat aku memanggil namanya di dalam hati.

Walau suara hati ini tidak pernah terdengar di pendengaran manusia.

Dia bertanya khabar, makan dan minumku, di saat aku merasa lapar kerana belum menjamah makanan.

Dan aku terasa sungguh kenyang dengan keprihatinannya.

Dia membuatkan aku ketawa, di saat aku hampir menitiskan air mata.

Walau sebenarnya tujuanku untuk mengadu kesedihan di hati.

Dia menenangkan, mempesona, tiada tertanding di mana-mana.

Dia memukau pandangan mata, mencerminkan suasana gembira, memperlihatkan keceriaan di wajahnya.

Dia insan istimewa, di hati mahupun di mata, dia menjadi pujaan saya.

Saya cinta dia, tanpa rasa cinta padanya, maka tiadalah apa.

Dia adalah dia, sentiasa dia, dari dahulu sampailah suatu masa.

Ku harapkan dia bahagia, kerana..


BAHAGIANYA ADALAH BAHAGIAKU JUA.

Ma saya.Dia suka tangkap gambar dengan kuih..