Thursday, July 29, 2010

Saya rindu peluk cium mama saya.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Malam ni saya tiba-tiba rindu sangat, rindu kat ma saya di kampung..Sedih pun ade, tapi tak nak bobe banyak la..Nak letak gambar ma je kat sini.

Adik rindu mama..



The Final of what I struggle for..This is the year of it.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Minggu ni dah mula rasa bingung, sibuk, xde masa, nak buat ape x taw, sume ade lah..Inilah permulaannya, tahun akhir bukan lagi tahun untuk "every-weekend-is-jalan-jalan-weekend"..Weekend bagi final year ni, kena banyak terperap dalam bilik, depan laptop, pegang pen, pensel, pemadam, musim perah otak sampai kering, haa tu la die.Nanti dekat dengan final exam plak, musim berkampung di library, dari pagi sampai petang.Actually, seronok jugak berkampung di library ni.Sem lepas praktik macam tu, alhamdulillah dengan izin-Nya, result pun bolehla angkat 'smile' ckit2..Kalaula mula dari 1st year kan, ape salahnye..Tu la, dah final baru nak rase menyesal..Takpe2..

Kelmarin, pinjam buku pasal herba sampai 6 biji.Fuhh, nak buat ape banyak2?Internet kan ade..Saje nak rujuk, sambil ambil references sekali.Semalam, aku tak kenal jurnal tu ape.Bila Dr. Shahrul Hisham cakap pun, berjongkang-jongkit 'jurnal' dalam fikiran aku.Tak boleh nak imagine.Hari ini, melawat kedai buku Penerbit UKM di hadapan cafe FPI, tu pun hajat sebenar nak tengok latest edition of 'Gayah UKM'..Hahaha~Belek punya belek, sebab mahal, (RM 15 je pun) aku tutup la balik buku and bagi balik kat pak cik tu.Jalan-jalan sekitar kedai, tengok buku warna hijau dengan tajuk,'Sains Malaysiana'.Macam pernah dengar tapi di mana ya??

Rupa-rupanya, tu lah jurnal!!Adoii, ni la generasi final year (aku je la), jurnal pun baru kenal, padahal bermastautin di sini sudah tahun ketiga.Lain kali, kena cakna dan peka sikit ye dengan keadaan sekeliling, jangan ingat kita je hidup atas mka bumi ni.Pesan untuk diri sendiri.

Cari jugak kalau ada jurnal pasal malaria ke, kenanga ke, parasit ke..Tapi, takde la plak..Xpelah, lain kali cari lagi.Cakap pasal jurnal, pasal tesis, pasal final year, ni haa nak umumkan tarikh pembentangan cadangan penyelidikan adalah pada:

Seminar Pembentangan Cadangan Penyelidikan
STBZ 3992
11 Ogos 2010
G 138 BB
Pukul 2 petang

p/s: Ini turn aku dan kawan-kawan yang lain seperti siti, mia, jiemah, tey, dan lain-lain..(sorry xingat).

Minggu depan pun bermulanya lah minggu PESKON atau dengan kata lain, minggu Pesta Konvo kali ke-38 kalau tak silap la,(tadi baca kat banner depan pusan sambil start motor).Bila dah ada motor, ade pesta konvo, dan ade Cik Azieda, maka bolehla rempit2 slow malam2 untuk melihat ape yang terjadi di tempat kejadian..Saya lantik Cik Azieda jadi pemandu Mr. Suzuki saya lah..Huhu, (kalau Cik Azieda baca ni, kalau xpuas ati, ym lah ye?)

Cerita semalam plak, pukul 8 malam sampai pukul 12.30 bersengkang di depan laptop demi mencari references untuk tesis ku ini..Alhamdulillah, jumpa tesis pelajar dari Indonesia, tapi projek dia tak de la same dengan aku.Teringat kata-kata seorang cikgu aku di mrsm dulu, dia cakap,'baca buku tu, hafal sampai awak rase nak muntah!'..Dan, semalam, memang aku rasa nak muntah, loya sebab pening2 lalat dah, mengadap laptop 4 jam lebih non-stop.Owh, begitu rasenye..Jadi, btolla kata cikgu aku, memang akan rase nak muntah bila kita terlalu banyak membaca.Moralnya, jangan baca banyak2.Wee..

Sebenarnye, nak cerita sal meja aku yang serabut ni je..Serabut macam otak tuan die plak.Bile dah serabut, nak cerita 1 benda je tapi dah berjela-jela sampai bpuluh-puluh kilometer dah..Alahai..

So, kalau xnak bace dah, xpela..Tengok ajelah meja aku ni.Post ini untuk kasi tengok meja je, tapi tersasar matlamat jap tadi.Tangan ni suka sangat menari-nari di petak2 huruf ni..Tengok ni, mane bleh berhenti pon lagi.........(Ok, paksa jari tekan noktah).





p/s: takdela serabut sgt pon, sebab ni gambar tipu.hahaha~Tapi, semalam punye keadaan lagi menyerabutkan, tak sampai hati nak tunjuk.

THIS IS MY FINAL YEAR AND I AM VERY STRONG TO START A WAR!!
Perjuangan itu memang payah.


Sepanjang Putrajaya..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani

Dua minggu lepas, ambil angin di sekitar Putrajaya dengan Ayoh Bee, Cik Jaa, Syikin dan Ayih.Seronok sebab sekali lagi dapat pergi tengok Floria'10..Tak nak bobe banyak2,tengok ajeww.

Putrajaya memang cantik.Feels like another country in Malaysia.Differ from KL.

Pemandangan Tasik Putrajaya.Deretan bangunan2 adalah kawasan penempatan penduduk2 yang bekerja di sekitar Putrajaya.

Ayih dan Ayoh Bee berlatar belakangkan bangunan ape ntah.

Pasangan bkn sejoli, berjoli-joli..Hehehe~~

Ye, cantik btol..Kak ewa nampak.
Hahaha~







Anda tak suka makan budu?Mungkin ini akan mengubah fikiran anda..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.


RAHSIA BUDU

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.



Monday, July 26, 2010

Mahligai Kasih




Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.



Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina oh
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga'


Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku oh
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia oh

Saturday, July 24, 2010

Sepanjang FLORIA '10 dan Putrajaya..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Susunan buah-buahan yang begitu menarik..Rasa nak amik je satu bawak balik..Huhu..

Biasela, kamera 'tercanggih', nak beli kamera dslr, xcukup bajet.Dah, kerja nanti first thing beli kamera dslr dulu, ok?

Orkid ni cantik sangat dipandang mataku, tapi xdapat diterjemahkan dengan baik di dalam sekeping gambar.Need more skill on that.

Lawanya...

Ni satu lagi..



Cinta itu bibit-bibit maksiat?

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Saya terbaca dalam satu soal jawab dalam satu akhbar.Cinta yang dimulakan tanpa ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan adalah menimbulkan bibit-bibit maksiat.Saya juga insan yang masih belajar, yang masih tidak pasti dengan soal cinta seperti ini.Jika diri kiranya sudah bersedia, dan mahu mengenali hati budi seorang lelaki, adakah tindakan ini membawa kepada maksiat?

Dan dengan cara bagaimana harus saya mengenali seorang lelaki jika saya yakin dia baik untuk agama saya, baik untuk membimbing saya?Kadang-kadang hati tidak terlepas dari memikirkan soal ini, secara serius mahupun secara biasa-biasa sahaja.Hati yain dengannya, tapi rasa kurang percaya pada diri sendiri masih ada.Takutnya hati untuk menerima cinta.Namun, jika benar dia untukku, maka dekatkan hati-hati kami pada-Mu Ya Allah..Jika dia bukan untukku, maka redhakanlah hati-hati kami di jalan tarbiyah dalam mencari keredhaan-Mu..

Sesungguhnya, dalam waktu aku berfikir akan masa depanku, aku berserah pada atas nama cintaku pada-Mu..Mungkin dia, mungkin tidak..Aku serahkannya pada percaturan takdir, kerana aku yakin Allah Maha Mengetahui, mana yang baik untukku, dan yang mana tidak.

Kejadian yang sama 3 tahun dulu, tekadku tidak mahu mengulanginya.Atas sikap berwaspada maka ku serah pada takdir saja untuk menentukan jodohku.Lagi difikirkan lagi pening.Jadi, biarlah..

Jodoh sudah ditentukan Tuhan, sampai masa, datanglah ia..
Jzk..

Thursday, July 22, 2010

Kelate Kito

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.


Lagu tema pelancongan negeri Kelantan..Fuhh, best.

Tuesday, July 20, 2010

Surah Al-Saff Ayat 10-12..Renungkanlah.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

O you who believe!Shall I lead you to a bargain which will save you from a painful torment?(10)

That you believe in Allah and His Messenger, and strive hard in the Way of Allah with your wealth and your lives.That is better for you, if you know.(11)

He will forgive you your sins and cause you to enter Gardens beneath which rivers flow, and goodly dwellings in Gardens of Bliss.That is the garden attainment.(12)

p/s: Kepada yang mengikuti ceramah motivasi Hilal Asyraf di DK111F, FST, UKM pukul 8 malam tadi, maka fahamlah maksud yang diutarakan oleh Hilal dengan merujuk pada surah Al-Saff ini..

Thursday, July 15, 2010

Rokok: Forgetting Issue.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Rokok, selalu sahaja diperkatakan tapi isu ini tidak meninggalkan kesan di hati perokok yang ada.Rokok, dalam istilahnya, 'small roll of finely-cut tobacco leaves wrapped in a cylinder of thin paper for smoking'.Fakta tentangnya memang meluas, keburukannya sudah tersebar diketahui ramai, namun kesedaran boleh dibilang dengan jari atau mungkin tiada langsung!Merokok yang lebih sinonim dengan kaum lelaki dan ada juga sebilangan wanita yang merokok, menganggap merokok adalah satu kepuasan yang tidak boleh dicari di mana-mana.

Kepuasan bagaimana yang dicari sebenarnya?

Di sini saya lebih tertumpu pada orang Melayu, bangsa saya.Majoriti yang merokok adalah mereka, bukan Cina.Sedih hati melihat pemuda-pemuda melayu yang merokok tak kira di mana-mana pasti kita jumpa.Cuti semester yang lepas, bila saya berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu, remaja-remaja yang lagak masih muda seperti pelajar sekolah sudah pandai bermain rokok.Merokok bagaikan satu trend, satu gejala sosial yang nampaknya menular bukan hanya remaja lepasan sekolah, tapi pelajar juga sudah sebati dengan rokok.

Susahnya nak mencari seorang pemuda yang betul-betul tidak pernah menjamah rokok.Adapun mungkin sekali dia mencuba tapi tidak sesuai dengan dirinya, maka dia tidak merokok.Cuba sekali pasti nak lagi kan?Berapa kerat sangat yang rasa tidak sesuai dengan rokok dan betapa ramainya yang menyukai enaknya rokok.Puasnya menghisap sebatang rokok, ditambah lagi satu, dan satu..Akhirnya sekotak itu sungguh membahagiakan.

Bila ditegur sekali dua, bolehkah mereka berubah?Hati mungkin sudah keras untuk menerima teguran dek rokok yang sudah menjalar racunnya di setiap ceruk tubuh.Cakap mudah, alasannya banyak.Rokok isu yang paling tidak disukai untuk dibincangkan.Saya juga merasakan isu rokok menambah senak di dada.Tapi saya sedih dengan anak-anak muda yang merokok.Mereka masih muda tapi sudah pandai merokok, masa depan masih cerah menunggu di depan tapi kabur dek asap rokok.

Nak buat macam mana, abang, ayah, pak cik, jiran, kawan, semuanya merokok.Sekelilingnya adalah rokok, pengaruh sungguh kuat.Kalau yang sudah tua pun masih merokok, yang muda apatah lagi.Pak cik sudah tidak kuat untuk berjalan, terengsot2 pun merokok!Kalau yang sihat walafiat, badan cergas makin ligat menghisap rokok.Rokok adalah alat yang mendominasi rakyat, mempengaruhi fikiran, menjahanamkan kesihatan dan menyebabkan pelbagai masalah.Rokok bukan setakat membahayakan kesihatan, masalah pencemaran asap, puntung2 rokok atau in english they called,'cigarette-butt', yang dibuang merata-rata.Masalah yang tak mampu diselesaikan worldwide.It is a phenomenal issue, everyone's smoking and that's it.

Sebatang rokok yang dihisap memendekkan umur seseorang sebanyak 11 minit.Boleh kita hitung berapa tahun umur yang dibakar oleh rokok?Belum lagi masuk hal wang yang digunakan untuk membeli rokok, mudah saja nak tahu betapa membazirnya rokok.Gulung sehelai duit kertas yang agak2 sama harga dengan sekotak rokok..Nyalakan hujungnya, dan sedut asapnya, mungkin bau duit lebih sedap dari bau rokok.Usai merokok, mana hilang wang anda?Macam tu juga la rokok.Ibarat anda membakar duit semata-mata kerana rokok.

Rokok juga adalah agenda Barat untuk menghapuskan umat Islam.Ramai orang Islam yang mati kerana rokok.Belum lagi isu budaya2 lain yang datangnya dari Barat.Yang paling saya geram dan sakit hati, ustaz-ustaz, pendakwah, guru-guru agama juga merokok!Apa tidakkah mereka tahu rokok itu memudaratkan kesihatan?

Kalau perokok tidak ingin menerima nasihat, dan tetap dengan kepuasannya, biarlah dia menempah mautnya sendiri.Namun, kesan rokok bukan pada perokok sahaja, passive smokers juga menerima kesan yang lebih buruk.Ibu hamil yang merokok melahirkan bayi cacat, seorang ayah yang merokok di hadapan anak-anak dan akhirnya anak-anak yang mendapat penyakit jantung, lelah jangkitan peparu dan sebagainya.

Kenapa harus membahayakan orang lain demi kepuasan anda?

Andai rokok dihapuskan, saya orang yang akan meraikannya kepupusannya.


Wednesday, July 14, 2010

Berharganya seorang wanita jika itu yang dipandang mata sang lelaki..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.




Wanita sememangnya ciptaan Allah yang paling berharga, perhiasan terindah buat dunia.Pendamping dan teman setia seorang lelaki.Maka, berbicara tentang wanita membuatkan saya berfikit, betapa beruntungnya menjadi seorang wanita.Kalaulah di mata lelaki ini, wanita itu amat berharga buat dirinya, indah sungguh dunia ini..Namun, harapan adalah sesuatu yang diharapkan, belum lagi jadi kenyataan.Tenang dan tersenyum saya membaca artikel dari Langit Ilahi karangan penulis muda Hilal Asyraf.Jika semua mata melihat wanita seperti dia dan berfikir mengenai wanita seperti dia, mana mungkin ada lagi wanita yang buruk akhlaknya kan?

Saya bukan mahu menyalahkan sisi pandangan lelaki mengenai hal wanita.Wanita sendiri telah banyak berevolusi pada zaman ini, mengubah persepsi dunia akan apa yang telah berlaku pada wanita.Jika zaman dahulu, wanita lebih banyak terperuk di hujung dapur, berbakti pada keluarga tanpa nasib sendiri di ambil kira.Dan jika kita undur lebih ke belakang, wanita juga jadi mangsa penindasan, mangsa penderaan, mangsa segala mangsa..Dengan itu, wanita zaman moden, dengan pemikiran baharu lebih menonjolkan sifat dan sikap yang melambangkan keberanian dalam setiap tindakan.

Kenapa wanita moden berfikir begitu?Mereka berevolusi(dari segi pemikiran dan emosi maksud saya di sini), untuk membuka peluang bagi diri sendiri untuk mengecap kebahagiaan hidup dan kesenangan yang sememangnya hak setiap manusia.Islam tidak pernah memandang rendah martabat seorang wanita, apatah lagi menghina dan melakukan 'harassment'.Tapi, kes yang berlaku lain pula.Orang Islam (suami) mendera isteri, ayah mendera anak perempuannya.Kenapa?Kerana kurang ilmu dan tidak menjadi seorang Muslim yang sebenarnya.Apa-apa yang salah, yang dipandang serong penganut agama lain balik-balik salah Islam, salah agama.Padahal, yang menganut itu melakukan kesalahan yang tidak pernah diajar dalam agama..

Wanita berfikiran moden mahu mengambil peluang sebagaimana adanya peluang yang terbentang untuk lelaki.Maka kini kita lihat membangunnya seorang perempuan sehingga ada segelintir besar yang sudah mula terbang tinggi, jauh meninggalkan asalnya.Mengecap kebahagiaan yang tergantung tinggi di langit, lupa jalan pulang untuk kembali kepada asalnya.Harusnya jika kita ini seorang wanita mahu terbang tinggi, kena bawa 'peta' supaya bila dah gapai impian, kita nak pulang nanti tak tersesat jalan.Ataupun, zaman sekarang orang dah pakai sistem GPS, lagi senang kan?

Yang penting, seorang wanita harus tetapkan matlamat hidup.Keimanan tunjang utama kebahagiaan, bukan setakat di dunia, bahkan di akhirat sana.Walaupun kita sudah punya peluang2 yang sama arasnya dengan lelaki, kita juga harus akur bahawa kita harus dipimpin, dan sebaik pimpinan itu adalah suami kepada isterinya.Martabat wanita tidak akan jatuh bila kita dipimpin seorang lelaki yang bergelar suami, tapi dengan setiap 'leading point' yang diberikan kita sendiri sebenarnya sudah membina seorang wanita yang lebih baik dalam diri kita.

Dan, betapa indahnya jika harga seorang perempuan begitu mahal di mata lelaki....