Monday, August 23, 2010

Pantun Nasihat buat Sahabat2...

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.



Susah senang kita bersama,

Harungi lautan tiada lelahnya,

Kuatkan iman di antara kita, 

Agar selamat kita sentiasa.


Taqwa itu penyuluh jalan, 

Buat pedoman jadi panduan, 

Tekadkan azam untuk bekalan, 

Di hari hadapan bakal mendatang.





Tangis sendu pengubat duka, 

Tawa gembira berhati ceria, 

Ingat tujuan kita di dunia,

Untuk menjadi hamba pada-Nya.


Mudik ke hulu mencari sepat,
Buat makanan anak berempat
Masa ada untuk bertaubat,
Apapun jua masih sempat.

Jangan kita mudah terpedaya,
Pada Allah mohon segala,
Jika kuat iman di dada,
Godaan syaitan sia sahaja.

Bulan Ramadhan bulan berkat,
Menghimpun amal cari syafaat,
Berpuasalah kita mengikut syariat,
Agarkita beroleh makrifat.

Iman itu penyuluh jalan,
Buat sandaran jadi pegangan,
Mencari ilmu di bulan Ramadhan,
Hidup berkat, jiwa tenang.

Lincah berenang si ikan keli,
Mudik ke hulu jauh ke kali,
Buat jahat walau sekali,
Balasan ada di akhirat nanti.

Jaga mulut kawal kata,
Tidak terguris hati saudara,
Bukan mahu menegur sahaja,
Buat ingatan saya juga.









No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..