Tuesday, February 9, 2010

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum kepada semua blogger.Beralih dari satu blog ke blog yang lain, meninjau blog lama yang sudah bagai tidak bernyawa.Masa lapang bukan diisi untuk blogging, tapi malam ini lain pula.

Alhamdulillah, syukur bila tergerak hati nak mulakan langkah baru untuk menghidupkan semula blog tapi dengan mewujudkan blog baru.Blog baru bagaikan membuka lembaran baru, kehidupan baru dimulakan dengan penuh kesyukuran untuk menjadikannya sebagai medan perkongsian rencah kehidupan, asam garam cuka serta gula.Biar terdidik diri ini dan Insya-allah rakan-rakan blogger yang lain untuk terus menongkah arus kehidupan.

Biar pahitnya kopi terasa di tekak, dengan izin-Nya pasti terasa manis gulanya di hati kita.Hilangkan kesedihan dengan zikir kepada-Nya, kerana pasti selepas kesedihan itu pasti telah menunggu sebuah kegembiraan.Jangan lupa, kegembiraan dan suka itu harus dimulakan dengan rasa syukur kepada Allah SWT.

Syukran..

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..