Wednesday, February 10, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

"Not everything that glitters, is gold"

Permukaan atau luaran tidak melambangkan apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya.'First impression is important' tetapi tidak selalunya menunjukkan keadaan sebenar.Benar juga kata pujangga Inggeris, 'Don't judge a book by its cover' kerana 'buku' yang mengandungi ilmu yang elok bukan terletak pada sebaik mana paparan muka depannya.

Manusia boleh dianalogikan seperti sebuah buku.Walaupun buku itu datangnya dengan adanya yang menulis dan mengarang, manusia datangnya dari Pencipta Yang Esa.Manusia itu sendiri yang akan mencorakkan muka depannya, dengan latar belakang warna terang atau gelap.Tulisan besar atau kecil, gambar yang menarik atau biasa-biasa sahaja.

Untuk menghasilkan sebuah muka depan yang elok, buku itu hendaknya ada ilmu yang bersesuaian dengan paparannya.Bukan muka depan yang memperelokkan isi dalam, tapi kandungannya itu yang mengangkat darjat muka depan.Bagaimana agaknya sebuah buku yan tidak mempunyai isi kandungan, tapi muka depan wahh..Catchy dan interesting.Tidak munasabah bukan?

Analogi emas:
Not everything that glitters, is gold.

Emas bukan calang-calang perhiasan.Nilai tidak pernah turun dek edaran zaman.Zaman sekarang, emas juga dilaburkan.Emas menjadi aset pelaburan di pasaran saham yang mengangkat darjatnya yang dulu hanya dibungkus, disimpan di bawah bantal (wanita dahulu kala).

Nilai mata wang yang jatuh bangun sedikit pun tidak menggugat kedudukan emas.Bahana emas ini sudah diketahui ramai, justeru yang menyimpannya jarang sekali mahu dijual.Emas itu makin lama, makin laku.

Ada pula yang mahu mengganggu gugat kedudukan emas, maka kita kenal emas celup.Bukan emas tulen tapi emas tiruan yang dirupakan seperti emas tetapi nilainya lebih rendah.Masih lagi 'glitter' seperti emas tetapi bagi 'goldsmith' yang tahu menilai, emas celup ini ibarat menumpang populariti emas tulen tapi nilainya hanya secebis pangkal hujung bucu emas tulen.Wahh, dasyat nilainya.

Bolehkah emas tulen dan celup ini dianalogikan pada manusia?

Emas celup adalah manusia yang hidup berpura-pura, menampakkan sebaris senyuman dan memperlihatkan kebaikannya di kala dikerumuni ribuan manusia, tapi hidup bergelumang dosa tatkala bersembunyi di sebalik tabir kebenaran.Mengharapkan Allah SWT tidak melihat perbuatannya, tingkah lakunya.Emas yang dicelup sifat2 ke arah kebaikan dan disembunyi seluruh kejahatan.Dan seluruh yang disekelilingnya tertipu dengannya, maka bersorak gembiralah ia.

Dia tidak mengetahui, Allah SWT tidak pernah terlepas pandang baik dari luarannya, mahupun isi hatinya.

Emas tulen pula berlawanan dengannya; tulen diluar, mahupun di dalam.Keikhlasan dipamerkan bila dia benar-benar ikhlas, dan akan sedaya upayanya mengikhlaskan dirinya di jalan Allah SWT.Hatinya tulus mencintai Allah SWT, tegar menyimpan dukanya, agar pulih hatinya, senang keluarganya, damai rakannya.

What gold are you?


No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..