Thursday, February 11, 2010

Wajah-Wajah Kesayangan yang dirindui

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Malam ini aku akan bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan.Sudah lama rasanya aku tidak menatap wajah-wajah kesayangan yang aku tinggalkan di kampungku.Sayu rasa hati bila mengenangkan ibuku yang berhempas-pulas di kampung, datukku yang giat mencangkul tanah menanam ubi, moyangku yang setia menunggu di depan pintu saban hari.

Keluh kesah bila melihatkan jarum jam masih meniti saat-saat yang sama lantas mahu sahaja aku cepatkan pergerakannya dengan harapan agar pagi esok cepat sampai.Perjalanan yang memakan masa 7 hingga 8 jam pasti bakal merimaskan fiiranku.Mujurlah ada seorang kawan, Elia yang akan menemaniku di sepanjang perjalanan, tidaklah terlalu bosan dengan karenah orang di sebelah yang pelbagai ragam dan ada juga teman berbual.

Bayangan wajah-wajah mereka sudah seminggu lalu menerjah ruang fikiranku.Melayang-layang, meminta aku pulang segera.Insya-Allah, pagi esok sampailah aku di Stesen Bas Kota Bharu ang sudah menjadi kebiasaanku turun di situ.Ibuku akan menjemputku seawal yang mungkin untuk membolehkan anaknya segera sampai di rmah dan berehat secukupnya.Wajib ada hidangan yang disiapkan untukku, kalau tidak sempat menyediakan nasi dan lauk enak, kuih-muih pelbagai warna dan perisa setia menantiku di rumah.Penuh berselera aku melihatnya, bagai diminta untuk dimakan segera.Air tangan ibuku, rasanya pasti tidak akan dilupakan walau hilang ingatanku, di hati pasti ingat.

Sepupu-sepupuku yang ligat bermain di halaman rumah, Izzat yang masih di padang sekolah bermain bola bersama kawan-kawan, Ngah dan Ha yang ralit menonton rancangan kegemaran mereka, Spongebob Squarepants dan Faiz & Faizah.Waduh, rindu banget!

Seringkali aku menelefon mereka untuk bertanya khabar beberapa kali pada bulan lepas.Mereka sudah tidak sabar menungguku pulang, minta dibawa pulang sesuatu yang hanya ada di Kuala Lumpur.Maafkan Kak Ewa, tidak sempat untuk membeli apa-apa untuk kalian semua.Insya-Allah, sampai di rumah nanti Kak Ewa buatkan biskut Oatmeal dengan Kismis kegemaran kalian.Mahu sebekas tin biskut?Dua tin pun Kak Ewa akan buat.

Masihku ingat perbualanku di telefon dengan Ijat dan Ngah.Ketika itu Ha sedang bermain-main dengan tudung saji, kata Ngah.

-Kak wa, bilo nok keliknyo?
-Natila, nok kelik doh ni.Ari khamih ni doh.
-Nati Kak Ewa wat kelik dunkin donut deh?
-Oloh, di Tesco keay ado doh Big Apple, beli situ doh la.
-Tok supo la nga dunkin donut Kak Ewa.
-Takpo, nati Kak Ewa dumoh.
-Kak Ewa!
-Yo..
-Wat kelik KLCC sebutey ko Jat.
-Ho, sebutey jah?
-Ho, bo la..So jah.
-Takpolah, kirim sale ko cek nga nye.Ma etek.

Dimintanya aku membawa pulang KLCC sebiji.
Mana mahu kucari bangunan sebesar itu untuk dimuatkan ke dalam bagasiku?
Ketawa aku mendengarnya tapi jauh di sudut hatiku, betapa besar harapan kepulanganku.
Sebesar, besar lagi dari KLCC.

Aku rindu kalian semua.Tunggu kepulanganku.Sayang semua.

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..