Wednesday, July 14, 2010

Berharganya seorang wanita jika itu yang dipandang mata sang lelaki..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.




Wanita sememangnya ciptaan Allah yang paling berharga, perhiasan terindah buat dunia.Pendamping dan teman setia seorang lelaki.Maka, berbicara tentang wanita membuatkan saya berfikit, betapa beruntungnya menjadi seorang wanita.Kalaulah di mata lelaki ini, wanita itu amat berharga buat dirinya, indah sungguh dunia ini..Namun, harapan adalah sesuatu yang diharapkan, belum lagi jadi kenyataan.Tenang dan tersenyum saya membaca artikel dari Langit Ilahi karangan penulis muda Hilal Asyraf.Jika semua mata melihat wanita seperti dia dan berfikir mengenai wanita seperti dia, mana mungkin ada lagi wanita yang buruk akhlaknya kan?

Saya bukan mahu menyalahkan sisi pandangan lelaki mengenai hal wanita.Wanita sendiri telah banyak berevolusi pada zaman ini, mengubah persepsi dunia akan apa yang telah berlaku pada wanita.Jika zaman dahulu, wanita lebih banyak terperuk di hujung dapur, berbakti pada keluarga tanpa nasib sendiri di ambil kira.Dan jika kita undur lebih ke belakang, wanita juga jadi mangsa penindasan, mangsa penderaan, mangsa segala mangsa..Dengan itu, wanita zaman moden, dengan pemikiran baharu lebih menonjolkan sifat dan sikap yang melambangkan keberanian dalam setiap tindakan.

Kenapa wanita moden berfikir begitu?Mereka berevolusi(dari segi pemikiran dan emosi maksud saya di sini), untuk membuka peluang bagi diri sendiri untuk mengecap kebahagiaan hidup dan kesenangan yang sememangnya hak setiap manusia.Islam tidak pernah memandang rendah martabat seorang wanita, apatah lagi menghina dan melakukan 'harassment'.Tapi, kes yang berlaku lain pula.Orang Islam (suami) mendera isteri, ayah mendera anak perempuannya.Kenapa?Kerana kurang ilmu dan tidak menjadi seorang Muslim yang sebenarnya.Apa-apa yang salah, yang dipandang serong penganut agama lain balik-balik salah Islam, salah agama.Padahal, yang menganut itu melakukan kesalahan yang tidak pernah diajar dalam agama..

Wanita berfikiran moden mahu mengambil peluang sebagaimana adanya peluang yang terbentang untuk lelaki.Maka kini kita lihat membangunnya seorang perempuan sehingga ada segelintir besar yang sudah mula terbang tinggi, jauh meninggalkan asalnya.Mengecap kebahagiaan yang tergantung tinggi di langit, lupa jalan pulang untuk kembali kepada asalnya.Harusnya jika kita ini seorang wanita mahu terbang tinggi, kena bawa 'peta' supaya bila dah gapai impian, kita nak pulang nanti tak tersesat jalan.Ataupun, zaman sekarang orang dah pakai sistem GPS, lagi senang kan?

Yang penting, seorang wanita harus tetapkan matlamat hidup.Keimanan tunjang utama kebahagiaan, bukan setakat di dunia, bahkan di akhirat sana.Walaupun kita sudah punya peluang2 yang sama arasnya dengan lelaki, kita juga harus akur bahawa kita harus dipimpin, dan sebaik pimpinan itu adalah suami kepada isterinya.Martabat wanita tidak akan jatuh bila kita dipimpin seorang lelaki yang bergelar suami, tapi dengan setiap 'leading point' yang diberikan kita sendiri sebenarnya sudah membina seorang wanita yang lebih baik dalam diri kita.

Dan, betapa indahnya jika harga seorang perempuan begitu mahal di mata lelaki....

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..