Thursday, July 15, 2010

Rokok: Forgetting Issue.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Rokok, selalu sahaja diperkatakan tapi isu ini tidak meninggalkan kesan di hati perokok yang ada.Rokok, dalam istilahnya, 'small roll of finely-cut tobacco leaves wrapped in a cylinder of thin paper for smoking'.Fakta tentangnya memang meluas, keburukannya sudah tersebar diketahui ramai, namun kesedaran boleh dibilang dengan jari atau mungkin tiada langsung!Merokok yang lebih sinonim dengan kaum lelaki dan ada juga sebilangan wanita yang merokok, menganggap merokok adalah satu kepuasan yang tidak boleh dicari di mana-mana.

Kepuasan bagaimana yang dicari sebenarnya?

Di sini saya lebih tertumpu pada orang Melayu, bangsa saya.Majoriti yang merokok adalah mereka, bukan Cina.Sedih hati melihat pemuda-pemuda melayu yang merokok tak kira di mana-mana pasti kita jumpa.Cuti semester yang lepas, bila saya berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu, remaja-remaja yang lagak masih muda seperti pelajar sekolah sudah pandai bermain rokok.Merokok bagaikan satu trend, satu gejala sosial yang nampaknya menular bukan hanya remaja lepasan sekolah, tapi pelajar juga sudah sebati dengan rokok.

Susahnya nak mencari seorang pemuda yang betul-betul tidak pernah menjamah rokok.Adapun mungkin sekali dia mencuba tapi tidak sesuai dengan dirinya, maka dia tidak merokok.Cuba sekali pasti nak lagi kan?Berapa kerat sangat yang rasa tidak sesuai dengan rokok dan betapa ramainya yang menyukai enaknya rokok.Puasnya menghisap sebatang rokok, ditambah lagi satu, dan satu..Akhirnya sekotak itu sungguh membahagiakan.

Bila ditegur sekali dua, bolehkah mereka berubah?Hati mungkin sudah keras untuk menerima teguran dek rokok yang sudah menjalar racunnya di setiap ceruk tubuh.Cakap mudah, alasannya banyak.Rokok isu yang paling tidak disukai untuk dibincangkan.Saya juga merasakan isu rokok menambah senak di dada.Tapi saya sedih dengan anak-anak muda yang merokok.Mereka masih muda tapi sudah pandai merokok, masa depan masih cerah menunggu di depan tapi kabur dek asap rokok.

Nak buat macam mana, abang, ayah, pak cik, jiran, kawan, semuanya merokok.Sekelilingnya adalah rokok, pengaruh sungguh kuat.Kalau yang sudah tua pun masih merokok, yang muda apatah lagi.Pak cik sudah tidak kuat untuk berjalan, terengsot2 pun merokok!Kalau yang sihat walafiat, badan cergas makin ligat menghisap rokok.Rokok adalah alat yang mendominasi rakyat, mempengaruhi fikiran, menjahanamkan kesihatan dan menyebabkan pelbagai masalah.Rokok bukan setakat membahayakan kesihatan, masalah pencemaran asap, puntung2 rokok atau in english they called,'cigarette-butt', yang dibuang merata-rata.Masalah yang tak mampu diselesaikan worldwide.It is a phenomenal issue, everyone's smoking and that's it.

Sebatang rokok yang dihisap memendekkan umur seseorang sebanyak 11 minit.Boleh kita hitung berapa tahun umur yang dibakar oleh rokok?Belum lagi masuk hal wang yang digunakan untuk membeli rokok, mudah saja nak tahu betapa membazirnya rokok.Gulung sehelai duit kertas yang agak2 sama harga dengan sekotak rokok..Nyalakan hujungnya, dan sedut asapnya, mungkin bau duit lebih sedap dari bau rokok.Usai merokok, mana hilang wang anda?Macam tu juga la rokok.Ibarat anda membakar duit semata-mata kerana rokok.

Rokok juga adalah agenda Barat untuk menghapuskan umat Islam.Ramai orang Islam yang mati kerana rokok.Belum lagi isu budaya2 lain yang datangnya dari Barat.Yang paling saya geram dan sakit hati, ustaz-ustaz, pendakwah, guru-guru agama juga merokok!Apa tidakkah mereka tahu rokok itu memudaratkan kesihatan?

Kalau perokok tidak ingin menerima nasihat, dan tetap dengan kepuasannya, biarlah dia menempah mautnya sendiri.Namun, kesan rokok bukan pada perokok sahaja, passive smokers juga menerima kesan yang lebih buruk.Ibu hamil yang merokok melahirkan bayi cacat, seorang ayah yang merokok di hadapan anak-anak dan akhirnya anak-anak yang mendapat penyakit jantung, lelah jangkitan peparu dan sebagainya.

Kenapa harus membahayakan orang lain demi kepuasan anda?

Andai rokok dihapuskan, saya orang yang akan meraikannya kepupusannya.


No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..