Saturday, July 24, 2010

Cinta itu bibit-bibit maksiat?

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Saya terbaca dalam satu soal jawab dalam satu akhbar.Cinta yang dimulakan tanpa ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan adalah menimbulkan bibit-bibit maksiat.Saya juga insan yang masih belajar, yang masih tidak pasti dengan soal cinta seperti ini.Jika diri kiranya sudah bersedia, dan mahu mengenali hati budi seorang lelaki, adakah tindakan ini membawa kepada maksiat?

Dan dengan cara bagaimana harus saya mengenali seorang lelaki jika saya yakin dia baik untuk agama saya, baik untuk membimbing saya?Kadang-kadang hati tidak terlepas dari memikirkan soal ini, secara serius mahupun secara biasa-biasa sahaja.Hati yain dengannya, tapi rasa kurang percaya pada diri sendiri masih ada.Takutnya hati untuk menerima cinta.Namun, jika benar dia untukku, maka dekatkan hati-hati kami pada-Mu Ya Allah..Jika dia bukan untukku, maka redhakanlah hati-hati kami di jalan tarbiyah dalam mencari keredhaan-Mu..

Sesungguhnya, dalam waktu aku berfikir akan masa depanku, aku berserah pada atas nama cintaku pada-Mu..Mungkin dia, mungkin tidak..Aku serahkannya pada percaturan takdir, kerana aku yakin Allah Maha Mengetahui, mana yang baik untukku, dan yang mana tidak.

Kejadian yang sama 3 tahun dulu, tekadku tidak mahu mengulanginya.Atas sikap berwaspada maka ku serah pada takdir saja untuk menentukan jodohku.Lagi difikirkan lagi pening.Jadi, biarlah..

Jodoh sudah ditentukan Tuhan, sampai masa, datanglah ia..
Jzk..

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..