Monday, August 23, 2010

Dan kerana Pengalaman itu Aku Belajar..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Fahami hati mereka..
Sukar nak memahami seseorang, lagi2 yang baru nak dikenal hati budi.Sukar nak menyelusuri hati orang bukan ada dengan kita, yang bukan ada depan mata dan boleh diperhati gerak gerinya, tingkah lakunya, tutur katanya.

Maka, dengan pertimbangan hati harus untuk terus mengorak langkah memahami isi naluri.Bukan tidak mahu, tapi buntu.Bukan tidak suka, tapi ntahla..Lalu aku menyusun silang tingkah cara dan tutur bicara yang diucap selama ini, untukku cari satu penyelesaian, bahawa dia ini begitu dan bukan begini.Dia bukan seperti itu, kerana dia seperti ini.Puas sudah ku cari mana dia sebuah kefahaman hati, lalu ku pinta pada-Nya agar dikurnia pada diri.

Dan kerana pengalaman aku belajar, memahami hati insan.Mana yang disuka, tidak disuka.Yang patut baginya, dan tidak baginya.Ku susun semula, dan aku rasa bukan itu sebenarnya dia, maka ku susun lagi.Sehingga aku temui sebuah kefahaman hati yang dicari.

Hakikatnya bukan mudah, mencari rasa percaya, meletakkan rasa percaya bahkan memberi rasa percaya.Harus ku fahami dahulu apa yang disimpan di rusuk dadanya, hingga kutemui rupa-rupanya percaya itu ada pada hati.Keikhlasan dinyatakan, namun hati itu tidak dapat kulihat dipandang mata, lantas sekali lagi aku harus mengorak langkah menelusur hatinya kembali.

Pengalaman itu yang mengajar, dan aku berharap lebih banyak pengalaman yang akan mengajarku apa itu kefahaman hati.

p/s: Insan di sini bersifat universal dengan menganggapkan gender sebagai 'negligible'.

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..