Thursday, August 12, 2010

.::Too Many Stories To Tell::.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Sepertimana yang tercatit di title post di atas, terlalu banyak nak diceritakan tentang apa yang berlaku dalam masa 2 hari ni.Agak sibuk dengan persediaan pembentangan dan memang tak de masa nak update2 post kat blog.When there's a time, then I'll post something.(Cehh, cakap macam la ada yang ikut perkembangan blog ni kan?)

Nak ceritakan semua, rasanya boleh jer.Cuma sebelum tu mintak izin laluan nak cakap satu perkataan sebelum memulakan bicara..

Selepas 2 hari, 1 perkataan terpacul dari mulut dan terbit di pangkal hati..Cehh..

LEGA

Dua hari macam2 perasaan bercampur baur, dah jadi macam cekodok pisang plak.Macam2 perisa, rasa dan emosi.Huh, inilah gara2 pembentangan proposal tu.Ntah, tak tahu laa apa sangat yang digabrakan (atau org Kelantan cakap 'gobar' - dgn kata lain yg lebih mudah difahami 'nervous').Dahh, proposal dah lepas tapi Prof. Z nak jumpa plak petang Jumaat sebab nak tunjuk balik yang sebetulnya dan nak buat correction sebab kami banyak buat silap kot masa pembentangan.Tapi, overall Prof. Z cakap, 'OK'.

Bercerita berkenaan dengan semasa proses pembentangan dijalankan di bilik seminar 138BB.Huh, sungguh rasa begitu aneh sekali perasaan ini!!Hahaha, nervous, Nervous, NERVOUS!!Seharian hari ni aku rasa apa yang dinamakan STAGE FRIGHT (menurut blog aimee yang kau tak kenal).Pagi2 lagi sebelum pergi kelas Bio-D, aku rasa sakit perut.So, sebagai precaution, bawak la minyak Cap Kapak dengan balm buah pala.Bila sampai di kelas, rasa mengantuk la, mata tongkat mancis la(ngantukla tu Cik Budu), menguap la, air mata mencurah ke ladang gandum (macam biasa la ni)..Pastu rasa pening2 nyamuk, lenguh2 la, ish2..Ape punye stage fright macam ni.Lemah badan nak tunggu turn kedua terakhir untuk pembentangan.Rasa macam nak tido je, then bila sampai time aku, 'Ok, Fazween, your turn!'Hurmm, boleh ke?

Hari ni First Ramadhan, Alhamdulillah, bertemu lagi kita..Semoga kehadiran Ramadhan kali ini lagi banyak pahala kita dengan beribadat kepada-Nya dan pada masa yang memohon keberkatan..Pagi tadi bangun sahur pukul 5 pagi tak de la rasa mengantuk sangat even pukul 2 baru tido.Semangat awal2 ni kan, harap2 semangat tak pudar lah.Kalau last Ramadhan tahun lepas, ada la jugak ter'miss' sahur sebab tak sedar pun, tup, tup dah Imsak..Nak bukak penutup botol, dah azan dah..Takpelah, history of my Ramadhan lah tu..

Masuk bab terawih plak tadi, disebabkan surau Zaba tak dapat nak menampung sejumlah besar pelajar2 yang ikut sama nak berterawih dalam bulan Ramadhan ni, so dipindahkan ke bilik seminar.Bilik tu luas, tapi bila pindah kedua2 muslimin dgn muslimat sekali, jadi padat macam kat surau jugak.Tapi, takpelah, asalkan dapat berterawih.Awal2 ni ramai la kan?Tengok bila dah masuk pertengahan nanti..Boleh buat graf,'Kadar bilangan pelajar Kolej Pendeta Zaba berterawih melawan masa'.Rasa2 anda la, graf menurun ke menaik??Haa, tanya iman masing2....

Rewind ke belakang sikit, bercerita mengenai waktu berbuka.Tadi berbuka dengan member2 sejati Kg Pisang, Paie, Zda, Nor dan Kujeet.Hurmm, banyak jugak la makanan hasil usaha Zda yang membelinya.Sambil2 aku nak isi minyak dengan angin tayar motor sekali, g cari2 juadah berbuka.Aku terliur nak makan nasi kerabu, jadi tadi belilah nasi kerabu,Bila pandang dengan mata, tak brape nak nampak sedap ke tak, orang Kelantan cakap 'jeliro ko dop'.Aku pun beli la yang paling murah (save budget la sebab nak isi minyak lagi).Okla sebab ada telur masin sekali.Justeru, kerana nampak sedikit tidak bermaya nasi kerabu itu, lalu aku minta ditambahkan budu barang sesudu dua.Lalu abang si penjual nasi kerabu bertanya:

Masin ni, xpe ke letak banyak2?

Lalu aku menjawab dengan nada tenang sambil mata melihat isterinya mencurah2 budu di atas nasi biru itu,'Takpo, baso dio doh make nasi kkabu keno budu banyok be(abg)!'

Dalam hati aku berkata, 'Aik, bakpo budu dio cair lole (cair sangat)??Aii, sero tok jeliro slaluh ambo gak gini'.

Alhamdulillah, boleh jugak berbuka dengan nasi kerabu walaupun tak sejeliro nasi kerabu di Kelantan.

Rindu kampungku yang indah!!Rindu nasi kerabu, rindu ikan singgang sama budu, rindu rindu tene (petola) celur makan slaluh!!

Owhh, aku rindu..

:::Habis cerita nasi kerabu:::

Di sini nak mengucap jutaan terima kasih kepada pemuda Kedah (sebab die cakap loghat Kedah dan Azieda angkat kening dan gtaw aku,"Kedah wei'..) kerana telah rela sepenuh hati mengisi angin tayar motor saya tanpa bayaran walaupun anda sudah mahu tutup kedai kerana 'rushing' nak berbuka dengan kawannya yang dari tadi lagi dok pegang bungkusan nasi dalam polisterin.

Sorry ye bro, wa punye tayar moto kurang angin la.Hehe..
Moga Allah SWT saja yang mampu membals jasa bro.

Dan sangat2 lah saya di sini meminta maaf pada Puan Zalifah (lecturer Pemakanan) kerana tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa puan memberikan kuliah berkenaan cara penggunaan perisian NutriCal tengahari tadi.Ini semua gara2 stage fright saya pada pembentangan yang bermula sejurus kuliah puan.Insya-Allah saya akan hantar email untuk puan sebab nak tanya balik camane nak buat assignment NutriCal tadi.Hehehe..

Ape lagi ekk??Hurmmm..Tak de dah kot..

Tadi rase macam nak cakap sesuatu tapi dah lupe..Takpelah, nanti dah ingat saya post lagi..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..