Monday, August 9, 2010

Ramadhan yang semakin mendekat..Dekatkah kita padanya??

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Lusa dah nak mula puasa, Selasa malam yang sedihnya tak dapat nak ikut sama berterawih.Ada kelas malam di FSSK, tapi tak pelah lagipun ini kelas terakhir.Bab kelas2 malam ni, haih..Payah sikit nak datang, tapi gagahkanlah jugak..Kalau kelas malam, balik mesti letih..Haih, takpe2..Jangan merungut Fazween, tak baik.

Sudah 2 minggu teringin makan lasagna di ZAR Bakery, esok mesti jugak pergi.Nanti dah bulan puasa, jangan harap nak makan lasagna buat berbuka, mesti cari nasi jugak.Esok, plan ajak Kak Aimee lah g makan lasagna..Huhu, wait ya my dear Lasagna..Esok, ape lagi nak buat esok??Haaa....

Kalau dalam perjalanan nak ke ZAR Bakery tu, wajib lalu kat jual jubah..Alaa, jangan mata ini terpikat pada koleksi2 jubah tu..Nanti kena tutup mata, tak boleh tengok.Cukuplah satu, pakai yang tu dulu..Lagipun hari ni Mr Suzuki pancit, tukar tiub, masuk angin sume..Haii, tu lah..Tuannya pandai bawak aje, nak servis sendiri tak tahu..Kena belajar tap tak de orang nak ajar..Masakan nak masuk angin tayar kat stesen minyak pon aku tak reti..Alahai Fazween..Belajar ye, belajar..Kalau tak belajar masakan boleh tahu..Nak tahu kena belajar buat sendiri..Jangan bergantung pada orang lain, nanti susah kalau dalam situasi cemas nanti kita tak boleh nak deal sendiri..(ok, jangan cakap saja lebih, pasti buat ye Fazween)

Nasihat untuk diri sendiri:
"Jangan jadikan alasan bahawa kamu ini anak tunggal maka, kamu layak mendapat kesenangan lebih dari orang lain yang perlu berkongsi dengan adik-beradik mereka yang lain.Jika kamu pernah hidup senang maka jangan terus menyenangkan diri kamu, dan jika kamu pernah hidup susah satu ketika, jangan pernah kamu kesali suatu kesusahan kerana kesusahan mengajar kamu erti bersyukur.Erti redha, erti qanaah.

Jika diberi antara 2 pilihan, antara susah atau senang, pilihlah susah kerana kesusahan lebih banyak mengajar dari kesenangan yang melalaikan.Jangan jadi anak yang manja, kerana kemanjaan menutup kematangan.Cuba jadi kuat, walau diri kamu lemah.Cuba jadi kuat, walau kamu rasa takut.Kuatkan diri, iman, tegah nafsumu, jauhi kemungkaran, redha hatimu pada setiap ketentuan oleh-Nya.Jadilahterbaik, kalau bukan untuk orang lain, buat kerana diri kamu sendiri.Buat kerana kamu yang mahu, bukan kerana orang yang minta kamu jadi lebih baik.Sempurnakan mana yang terkurang, solatmu, pemakaianmu, hijabmu, tutur katamu, tingkah perbuatanmu, pandanganmu, pemikiranmu.Biar luaranmu tidak bisa dibanding dengan si cantik, tapi biar akalmu mengatasi kekuranganmu, biar akhlakmu menjadi penyuluh jalan yang diredhai.

Aku hanya insan yang masih mencari butir2 mutiara iman di celah rumpaian di dasar laut yang terbentang luas.Aku hanya manusia yang masih lemah imannya, yang masih mencari cebis2 kekuatan dalam doa yang dipohon.Aku ini hanya insan yang mencari sebuah keredhaan dari-Nya, untuk aku menadah sedikit nur dari-Nya.Ketenangan yang kupohon bukan sekadar untuk aku dan hanya aku.Tapi untuk insan2 yang aku sayang, yang aku cinta, insan yang melahirkan, yang mendidik dan yang membesarkan.Kupohon sejuk perut ibuku mengandungkan aku 9 bulan, kerana aku mahu ibuku gembira.

Aku masih insan biasa dari mula aku dilahirkan, dan hingga sekarang.Maka aku perlu menjadi yang biasa, tapi aku mahu semangat yang luar biasa, untuk aku menyusur arus kehidupan yang sementara cuma.Biar dalam kehidupan ini dapat ku semai baja2 cinta pada-Nya yang akan aku tuai hasilnya di akhirat kelak.Di akhirat kelak, di mana kehidupan sebenarnya, kehidupan yang hakiki tanpa kematian, kehidupan yang abadi.

Amin atas segala doa yang dipohon buat ibubapaku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan seluruh umat Islam.Moga kita semua di bawah lindungan-Nya, dijauhi dari syaitan yang membinasa dan diberi kejayaan di dunia, mahupun di akhirat kelak.

Amin, ya rabbal 'alamin.

No comments:

Post a Comment

org bace then die nak komen..